PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
INSTRUMEN PENILAIAN PBS
Antara aktiviti atau
instrumen pentaksiran berasaskan sekolah adalah seperti berikut:
1. Ujian bulanan
2. Peperiksaan pertengahan
dan akhir tahun
3. Peperiksaan percubaan
4. Kuiz dalam kelas
5. Kerja rumah
6. Projek
7. Soal selidik
8. Amali
9. Pemerhatian, dan
sebagainya.
Proses pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu. Sambil
mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai
sama ada murid telah menguasai apa yang diajar atau belum.
STANDARD
|
DESKRIPSI
|
EVIDEN /
INSTRUMEN
|
|
BAND 1
|
Membaca asas bacaan- huruf
vokal, suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul.
|
Murid boleh membaca kuat huruf vokal, suku
kata terbuka dan suka kata tertutup dengan ;
Sebutan – jelas
Bacaan – lancar
Menjawab soalan menggunakan diksi yang
betul.
Sebutan jelas, membunyikan suku kata dengan
betul dan konsisten.
Membaca dengan bimbingan.
|
Membaca huruf
vokal
Suku kata
terbuka dana tertutup
(kad suku
kata)
|
Band 2
|
Membaca perkataan dan memahami, frasa dan
ayat tungga ldaripada pelbagai sumber dengan dengan betul.
|
Murid boleh membaca kuat perkataan
frasa, dan ayat tunggal dengan ;
Sebutan – jelas
Intonasi - betul
Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi yang betul. lancar
dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sebutan dan membunyikan perkataan, frasa dan ayat tunggal
dengan betul, jelas serta memahaminya.
Membaca dengan bimbingan.
|
Membaca
perkataan, frasa dan ayat tunggal.
|
BAND 3
|
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan
lancar dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
Murid boleh membaca dan memahami ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan ;
Sebutan – jelas
Intonasi - betul
Betul –Menjawab soalan mengunakan diksi yang betul. lancar
dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sebutan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul,
jelas serta memahaminya.
Membaca sendiri tanpa bimbingan.
|
Membaca
ayat tunggal dan ayat majmuk
|
BAND 4
|
Membaca dan memahami maklumat yang tersurat
dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul
|
Murid boleh membaca dan memahami pelbagai
bahan bacaan dengan ;
Betul –Membaca kuat petikan dengan sebutan yang betul dan jelas
Intonasi – betul dan tepat dari segi tanda baca
Konsisten -Membaca dengan sebutan betul, jelas serta memahaminya.
Membaca sendiri tanpa bimbingan.
|
Membaca daripada
pelbagai bahan
|
BAND 5
|
Membaca dan menaakul untuk memindahkan
maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
|
Murid boleh membaca dan menaakul bahan
bacaan dari pelbagai sumber dengan;
Sebutan – Membaca dengan sebutan yang jelas.
Intonasi – betul dan tepat berdasarkan tanda baca.
Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi yang betul, lancar
dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sentiasa membaca dan memahami kandungan teks
Membaca dan memahami teks dengan
sendiri tanpa bimbingan.
|
Membaca teks daripada pelbagai sumber.
|
BAND 6
|
Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan
sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca
|
Murid boleh membaca , memahami dan
menerangkan isi kandungan teks daripada pelbagai bahan bacaan secara didik
hibur untuk memperkaya kosa kata, menambah pengetahuan, dan boleh ;
Membaca dengan lancar, sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas serta konsisten dan tanpa bimbingan
|
Bahan bacaan
sastera dan bukan sastera.
|
WAJARAN
Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP
|
PAJSK
|
PS
|
PP
|
Prasekolah
|
20%
|
80%
|
-
|
Tahun 1 – Tahun 3
|
30%
|
70%
|
-
|
Tahun 4 – Tahun 6
|
20%
|
50%
|
30%
|
Tahun 7 - Tahun 9
|
20%
|
30%
|
50%
|
Tahun 10 – Tahun 12
|
10%
|
10%
|
10%
|
Pentaksiran Sekolah (PS)
§ Pentaksiran
Pusat (PP)
§ Pentaksiran
Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
§ Pentaksiran
Psikometrik dilapor secara berasingan
PELAKSANAAN
1.
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk
evidens produk calon yang berpindah
2.
Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran
skor ke LPM
3.
Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajibmelaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang
4.
Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir. Sekolah boleh
memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan
mengemukakan dokumen sokongan
5.
Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan matapelajaran yang diambil. Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua
bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru
6.
Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah
ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut