PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
TUJUAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
· Mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh.
· Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
· Mengetahui keberkesanan pengajaran
guru.
· Guru dapat merancang dan mengubahsuai
pengajarannya.
· Guru juga dapat menjalankan tindakan
susulan yang sesuai dengan serta - merta.
CIRI-CIRI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
· Penilaian Berasaskan Sekolah
merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
· Ianya diurus dan ditadbirkan secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
· Terbahagi kepada 2 bentuk format
pentaksiran iaitu kerja kursus / PEKA dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
(PLBS).
KERJA KURSUS / PEKA
· Calon ditaksir kemahiran berlisan
menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
· LPM membekalkan panduan
· LPM/JPN/PPD melantik pemantau /
penyelaras.
· Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
· Markah dihantar kepada LPM
· Sekolah mengeluarkan sijil.
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
(PLBS)
· Calon ditaksir kemahiran berlisan
menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
· LPM membekalkan panduan
· LPM/JPN/PPD melantik pemantau /
penyelaras.
· Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
· Sekolah mengeluarkan sijil.
PRINSIP PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
· Dirancang di peringkat sekolah
merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
· Ditadbir diperingkat sekolah merujuk
kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru
pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
· Diskor di peringkat sekolah merujuk
kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema
penskoran.
· Dilaporkan diperingkat sekolah
merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap
penguasaan pelajar.
· Perumusan skor akan dibuat
berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan
yang telah dibina.
· Kerangka yang ditetapkan merujuk
kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
ASPEK YANG DINILAI
· Daya kreatif – contoh; mereka cipta,
melukis.
· Kemahiran proses sains – contoh;
memerhati, membuat inferens.
· Perlakuan dan amalan nilai – contoh;
membantu, berdikari.
· Sikap – contoh; bersemangat untuk
belajar, gigih bekerja.
· Kesihatan dan kecergasan – contoh;
sihat, cergas dan aktif.
· Kemahiran kinestetik – contoh;
bersukan, bergerak secara kreatif.
· Bakat dan minat – contoh; kesungguhan
membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.
No comments:
Post a Comment