Tuesday, October 1, 2013

TOPIK 14- PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTRUMEN PENILAIAN PBS

Antara aktiviti atau instrumen pentaksiran berasaskan sekolah adalah seperti berikut:
1. Ujian bulanan
2. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
3. Peperiksaan percubaan
4. Kuiz dalam kelas
5. Kerja rumah
6. Projek
7. Soal selidik
8. Amali
9. Pemerhatian, dan sebagainya.

Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu. Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai sama ada murid telah menguasai apa yang diajar atau belum.



STANDARD
DESKRIPSI
EVIDEN / INSTRUMEN
BAND 1
Membaca  asas bacaan- huruf vokal, suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul.
Murid boleh membaca kuat huruf vokal,  suku kata terbuka dan suka kata tertutup dengan ;
Sebutan – jelas
Bacaan – lancar
Menjawab soalan menggunakan diksi  yang betul.
Sebutan jelas, membunyikan suku kata  dengan betul dan konsisten.
Membaca dengan bimbingan.

Membaca huruf vokal
Suku kata terbuka dana tertutup
(kad suku kata)
Band 2
Membaca perkataan dan memahami, frasa dan ayat tungga ldaripada pelbagai sumber dengan dengan betul.
Murid boleh membaca kuat perkataan frasa, dan ayat tunggal  dengan ;
Sebutan – jelas
Intonasi - betul
Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi  yang betul. lancar dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sebutan dan membunyikan perkataan, frasa dan ayat   tunggal dengan betul, jelas  serta memahaminya.
Membaca dengan bimbingan.

Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal.
BAND 3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Murid boleh membaca dan memahami  ayat tunggal  dan ayat majmuk dengan ;
Sebutan – jelas
Intonasi - betul
Betul –Menjawab soalan mengunakan diksi  yang betul. lancar dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sebutan ayat  tunggal dan ayat majmuk dengan betul, jelas  serta memahaminya.
Membaca sendiri  tanpa bimbingan.

Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk








BAND 4
Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul
Murid boleh membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan dengan ;
Betul –Membaca kuat petikan dengan sebutan yang betul dan jelas
Intonasi – betul dan tepat dari segi tanda baca
Konsisten -Membaca dengan sebutan betul, jelas  serta memahaminya.
Membaca sendiri  tanpa bimbingan.

Membaca daripada pelbagai bahan
BAND 5
Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
Murid boleh membaca dan menaakul bahan bacaan dari pelbagai sumber dengan;
Sebutan – Membaca dengan sebutan yang jelas.
Intonasi – betul dan tepat berdasarkan tanda baca.
Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi  yang betul, lancar dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sentiasa membaca dan memahami kandungan teks
Membaca dan memahami teks dengan sendiri  tanpa bimbingan.

Membaca  teks daripada pelbagai sumber.
BAND 6
Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca
Murid boleh membaca , memahami dan menerangkan isi kandungan teks daripada pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata, menambah pengetahuan, dan boleh ;
Membaca dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta konsisten dan tanpa bimbingan

Bahan bacaan sastera dan bukan sastera.

WAJARAN
Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

TAHAP
PAJSK
PS
PP
Prasekolah
20%
80%
-
Tahun 1 – Tahun 3
30%
70%
-
Tahun 4 – Tahun 6
20%
50%
30%
Tahun 7 - Tahun 9
20%
30%
50%
Tahun 10 – Tahun 12
10%
10%
10%


Pentaksiran Sekolah (PS)

§   Pentaksiran Pusat (PP)
§   Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
§   Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan

PELAKSANAAN

1.     Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens  produk calon yang berpindah

2.    Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran  skor ke LPM

3.     Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajibmelaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang

4.     Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir.  Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan

5.    Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan matapelajaran yang diambil.  Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru

6.    Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut

TOPIK 13- PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH


TUJUAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
· Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
·  Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
·  Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
· Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
·  Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

CIRI-CIRI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
·  Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.
·  Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan 
    Malaysia.
·   Terbahagi kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu kerja kursus / PEKA dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah 
    (PLBS).

KERJA KURSUS / PEKA
· Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
·  LPM membekalkan panduan
·  LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
·  Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
·  Markah dihantar kepada LPM
·   Sekolah mengeluarkan sijil.

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
· Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
·  LPM membekalkan panduan
·  LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
·  Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
·  Sekolah mengeluarkan sijil.

PRINSIP PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
· Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran,  siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
·  Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
·  Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
·   Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. 
· Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
· Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

ASPEK YANG DINILAI
·  Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
·  Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
·  Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
·  Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
· Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
·  Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
·  Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.


TOPIK 12- PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

1. Brosur
2. Iklan
3. Poster
4. Web
5. Power Point



BROSUR 
Definisi Brosur:
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur:
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana(6-8)
3. Cemerlang(9-10)
Kreativiti dan keaslian:
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.


Fungsi:
1. Reka bentuk dan paparan yang salah.
2. Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapiu kurang menarik.
3. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik , jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
Ilustrasi:
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yangpelbagai, menarik dan sesuai.


IKLAN
Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.
ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio


POSTER
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding.



LAMAN WEB
Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.


POWER POINT

Definisi Power Point:
Micrasoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hinbgga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti “background format”, “drawing” ,”colour”, “transitions” dan “animations”, “drawing tools” dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengenali persembahan yang professional.
Matlamat Power Point ialah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.
Objektif Power Point ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT . Selain itu, menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.
Ciri-ciri Power Point :
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan pelajaran semasa.
Bahan yang dipertandingan mestilah mengikut kriiiiteria seperti berikut:
1. Hasil ciptaan sendiri.
2. Berkonsepkan pembelajaran kendiri.
3. Berasaskan windows.
4. Interaktif.
Aspek Penilaian Power Point adalah seperti berikut;
1. Warna , pengurusan ruang yang kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan.
3. Ketepatan isi kandungan.
4. Kelengkapan laporan.
5. Cara penyampaian maklumat.
6. Keistimewaan persembahan.
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam CD.
8. Masa terhad untuk persembahan.