Wednesday, September 25, 2013

TOPIK 5- JENIS PENILAIAN BAHASA

1. Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Kata Tugas

Tahap Penilaian
Bentuk Soalan
Pengetahuan
 Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan
Kefahaman
Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Aplikasi
Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Analisis
Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,Buktikan
Sintesis
Selesaikan
Penilaian
Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan



2. Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat  tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.



Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif


Aspek

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Konsep

Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran

Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.


Tujuan

Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.

Kaedah

Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan

Dibuat secara individu atau dalam kumpulan

Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.

Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankan


Membaiki kelemahan murid serta merta  dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan

Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.

Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.

Membaiki kurikulum / mata pelajaran


3. Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kmpulan pembelajran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.


Untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan

Ujian kefasihan dinilai dari segi:
  Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang
  Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
  Intonasi dan nada yang betul
  Pemilihan ungkapan yang betul
  Mimic muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
  Pososo tubuh yang betul
  Kedudukan buku yang betul
  Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah akan berhenti untuk menyerap perkataan)
  Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil.
  Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca.
Ujian kefasihan pentng untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa.
Kefasihan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan menjadi criteria bagi pengelompokan dari segi kebolehan penguasaannya.

4. Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing sama ada secara khusus atau keseluruhan.


Selalunya melibatkan data2 bahasa ayng ‘artifical’ mengandungi pelbagai unsure bahasa seperti fonetik, tatbahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Terbahagi kepada 2 kumpulan:
i.              Berasaskan kajian besar-besaran mirip kepada bidang mekanikal.contohnyaSeashore Measures of Musical Talents digunakan sehingga sekarang untuk menentukan bakat yang ada pada seseorang.
ii.             Berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dibentuk dan digunakan bagi memenuhi sesuatu kepaerluan (lebih sesuai dalam bidang bahasa).

Kesimpulannya, ujian bakat merupakan satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.

5. Ujian Kemajuan 

Setiap ujian kemajuan yang digunakan did lm kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.

Berasaskan objektif pengajaran. Pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
Bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar2 telah menguasai bahan atau perkara2 yang diajar tentang satu2 tajuk tertentu.

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.

Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui denganlebih jelas tentang kemajuan setiao orang pelajar dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

6. Ujian Pencapaian

- Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

- Ujian pencapaian ertujuan untuk menentukan setakat manakah pelajar telah emnguasai      kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.

- Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar     sahaja.

- Boleh dijadikan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau   mengikut penggal atau semester pesekolahan.

-Berbeza daripada ujian kemajuan.bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi.
 Contohnya UPSR, PMR, dan SPM

No comments:

Post a Comment