Wednesday, September 25, 2013

TOPIK 8- PENILAIAN MELALUI PROJEK & KERTAS KERJA

5. PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA


- Seperti yang dibincangkan tentang kertas cadangan, kertas kerja juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

- Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.

Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

a) Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah juga dikemukakan di dalam bahagian ini)

b) Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)

c) Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan

d) Implikasi Kewangan – berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya

e) Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)

f) Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)

g) Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan hanya yang positif, jangan beri yang negatif)

h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran/Apendiks (Appendix)


6. PENILAIAN MELALUI PROJEK

- Projek  ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu  tempoh masa  yang  
  tertentu.  
Ia  biasanya melibatkan  kutipan  serta  analisis  data persediaan  satu  laporan  yang  
  betul.  Dalam  konteks  kurikulum  sekolah, projek  bermaksud  secara  amali.    
Tugasan  ini  boleh  dijalankan  secara individu  atau  secara  berkumpulan  dan  
  dilaksanakan  dalam  satu  jangka masa yang munasabah.  
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada  tahap hasil 
  disediakan.   

TUJUAN PENILAIAN PROJEK
·                     Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  
·                     Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  
·                     Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik                   darjah.

CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK
·                     Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
·                     Memerlukan jangka masa yang panjang . 
·                     Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 
·                     Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
·                     Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau 
            dalam kumpulan.
·                     Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANKAN PROJEK

·                     Langkah 1 :  Penentuan tajuk dan skop Projek.
·                     Langkah 2 : Penilaian awal projek.
·                     Langkah 3 :  Pelaksanaan strategi.
·                     Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
·                     Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

No comments:

Post a Comment