Wednesday, September 25, 2013

TOPIK 6- PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO & PEMERHATIAN

1. Penilaian Melalui Portfolio

Apakah portfolio?

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio:

a. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang       teliti.

b. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai         

    kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan 
    maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

c. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada 

    pelbagai pihak.

d. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

e. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

f. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

g. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai 

   melalui bukti-bukti lain.


h. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan 
   perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui 
   bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.


1. Portfolio Kerja Harian

- Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

- Contohnya;

Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik


- Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

- Berbentuk sumatif

- Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen


- Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa 

  tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

- Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut.


Kegunaan Portfolio

a. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk 


    membuat penilaian secara holistik.

b. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

c. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan 

    peta perkembangan.

d. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, 

    rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

e. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui    

    pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan 
    komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Merekod Penilaian Portfolio

* Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
* Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.





2. Penilaian Melalui Pemerhatian

Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

- Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

- Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

- Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

- Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar 
  dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

- Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

1. Kualiti Pemerhatian

2. Bentuk perancangan

3. Merekod penilaian pemerhatian

4. Jenis Pemerhatian

5. Strategi pelaksanaan

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

- Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

- Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

- Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara 
  pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

b) Menjalankan Tugasan

- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan 
   tepat .

c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

d) Tindakan Susulan

- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

- Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

3. Muzik

4. Kecekapan (body khanisthetic)

5. Kecekapan intrapersonal

6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

- Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, 
  menyakinkan dan merangsang.

- Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

- Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan 
  perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

- Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

- Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

- Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

- Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.


Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

II. Menggunakan senarai semak.

III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai 
  maklumat,tutor, pemudah cara dan pendidik.

No comments:

Post a Comment